Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Sebelum ini, Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Taman Lautan Biru dikenali sebagai PI1M Tanjung Genting, Johor. Nama baharu ini adalah mudah untuk diingati dan berlandaskan arus kemodenan pada masa ini.

Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu 'MOHD SALLEH BIN PERANG'. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mersing juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di sekitar perairannya di Laut China Selatan dan pantai-pantai peranginan yang cantik. Mersing mempunyai lebih 7 buah pulau yang menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Mersing juga mempunyai sebuah jeti di Bandar Mersing untuk membawa para pelancong dengan feri untuk ke Pulau Tioman dan ke semua pulau-pulau yang berada di Daerah Mersing.

Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang mana terdapat di dalamnya 73 buah kampung dan 4 buah kampung baru serta 36 buah pulau. Kampung- kampung ini diketuai oleh ketua-ketua kampung manakala pulau-pulau pula dipertanggungjawabkan kepada penghuhulu-penghulu. Daerah ini hanya mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Parlimen Mersing dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Tenggaroh dan DUN Endau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Hari Terbuka Pusat Internet Felda Nitar 2

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2018

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Aktiviti Bersama Kanak-kanak Tabika KEMAS Tenglu

Aktiviti Terkini | 16 April 2018

Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI1M dan diselitkan dengan aktiviti bermain puzzle, kelas ICT, game online dan tayangan video untuk kanak-kanak tersebut. P rogram berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan pihak tabika menerima cenderahati daripada pihak PI1M... baca selanjutnya

KDB & Membuka Booth Pameran

Aktiviti Terkini | 3, 7 & 8 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri... baca selanjutnya

Program Pesta Flora, Makanan dan Nenas Tempatan

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2018

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya dimulakan dengan pengenalan Klik dengan Bijak tentang keburukan dan kebaikan internet dalam menggunakan penggunaan seharian... baca selanjutnya

Program Bacaan Yassin Bersama Penduduk Taman Lautan Biru

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Membuat bacaan yasin bersama penduduk sekitar Taman Lautan Biru sempena perpindahan PI1M ke lokasi baru... baca selanjutnya

Gotong-royong bersama ahli PI1M dan penduduk kampung

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Program ini adalah program gotong-royong bersama ahli PI1M dan penduduk kampung Tanjung Genting, ianya adalah untuk memberi keceriaan dan kebersihan kepada kawasan PI1M untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke PI1M... baca selanjutnya